Monday, May 3, 2010

Jika anda seorang yang gemuk, paling kurang ada seorang manusia akan mengatakan kepada anda, “gemuknya dia tu…”.
Jika anda kurus, maka ada insan akan berkata, “kurusnya..”.
Jika anda seorang yang teramat tinggi daripada biasa, ada yang akan berkata sambil tersenyum, “tengok tu, tinggi macam galah!”.
Jika anda amat rendah (kenit?), mereka si manusia akan berkata, “hehe, keciknya, rendahnya…”.
Jika anda tiada kaki, atau tiada tangan, atau cacat anggota, keadaan anda itu akan menarik perhatian orang dan mereka akan berkata, “orang cacat macam tu boleh berjaya ke?”.

Jika anda pekak dan bisu, orang akan kurang yakin dengan anda, “boleh ke berurusan dengan orang macam ni?”.
Jika anda ‘hitam’ dan gelap, mereka berkata, “hihihi, hitam macam arang”.
Jika anda…..
Ahh, tidak kisah siapa anda, kurus, gemuk, tinggi, rendah, cacat…
Manusia lain hanya tahu berkata dan mengata mengenai orang lain sahaja! Tetapi kekurangan mereka akan cuba dinafi-nafikan dan akan cuba ditutup dengan sejuta lapis penutup agar orang tidak nampak.
Mengapa mereka hanya tahu mengkritik dan memberi komen mengenai orang lain?
Adakah mereka sempurna? Lengkap? Hebat?
Mungkin mereka yang perasan sempurna itu sebenarnya buta. Buta kepada kehebatan yang kekurangan. Walaupun dorg yang ‘tak sempurna’ fizikalnya, namun mereka lebih hebat daripada seorang manusia yang lengkap fizikalnya, lebih berjaya dan lebih baik hatinya. Malah yang pelik, mereka mengata di belakang, tapi dalam masa yang sama meminta bantuan daripada mereka yang tak sempurna seperti mereka itu. Manusia, sungguh pelik.